Anjuran : Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) & 85 clanz members
1) Lokasi:
Pihak kami telah memilih lokasi yang sesuai untuk simposium tersebut iaitu HanTanGang Rafting. Pemilihan ini dibuat selepas mengkaji beberapa kelebihan lokasi tersebut. Untuk rujukan rakan-rakan sekalian, sila layari website ini : http://rafting114.kr/index.htm
Lokasi tersebut tidak terlalu jauh dari Seoul. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit ~ 2 jam. Banyak kemudahan ada disediakan dengan harga yang berpatutan. Dikesempatan ini juga, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Suhaizam Naim, Pire dan saudari Sarini dan Dalila atas beberapa cadangan anda untuk lokasi simposium kita.
2) Pembetulan Tarikh:
Seperti yang rakan-rakan semua sedia maklum melalui e-mel yang dihantar beberapa minggu yang lalu, simposium ini akan berlangsung pada tanggal 21 Mei 2010 sehingga 23 Mei 2010. Di sini terdapat satu pembetulan. Setelah penyusunan jadual dan perbincangan yang mendalam dilakukan, kami bersetuju untuk memendekkan tarikh simposium kepada dua hari sahaja, iaitu bermula pada tanggal 21 Mei (Jumaat) sehingga 22 Mei 2010 (Sabtu). Perubahan ini dilakukan atas beberapa sebab (a) ingin memberikan masa berehat dan persediaan yang cukup untuk kelas pada hari Isnin yang berikutnya. (b) Lokasi yang tidak berapa jauh dari Seoul dan jimat masa perjalanan. “Cepat kita mulakan program, cepat habis program tersebut”. Jangan risau, masa untuk anda bermain juga telah dirancang.
3) Resume:
Buat makluman rakan-rakan, satu slot “Klinik Resume” akan diadakan pada hari simposium tersebut bagi membantu kita menyediakan resume yang berkualiti dan mantap. Oleh yang demikian, pihak kami ingin meminta kerjasama anda semua untuk menghantar resume anda ke e-mel ini simposium2010@yahoo.com
Anda dikekendaki menghantar resume tersebut sebelum 7 Mei 2010. Kerjasama anda amatlah diharapkan bagi melancarkan program kita. Perihal resume ini amatlah penting!
4) Biro Kecil:
Bagi melancarkan lagi perjalanan program kita, pihak kami merayu kerjasama anda untuk sama-sama terlibat dalam pelaksanaan program simposium tersebut. Dengan ini, pihak kami ingin membuka keahlian bagi beberapa biro yang penting untuk program tersebut.
Antaranya ialah:
I. Biro Pengangkutan.
II. Biro Makanan dan riadah.
III. Biro lokasi.
IV. Biro Multimedia dan publisiti
Kami mahukan ahli seramai yang mungkin. Jangan risau, skop kerja tidak banyak kerana kebanyakan tugas telah hampir selesai dilaksanakan. Kerja-kerja mencari sponsor dan lokasi tidak termasuk dalam skop kerja anda. Kepada yang mempunyai semangat untuk bekerja demi batch, sila balas ke e-mel simposium2010@yahoo.com dan nyatakan:
Nama Penuh:
Jawatan yang ingin dipegang:
Perihal Biro kecil ini amatlah penting!
Sekian sahaja updates daripada pihak kami. Sila e-melkan sebarang kemusykilan atau cadangan anda ke e-mel ini.
Salam dan Selamat sejahtera. Baru2 ni hosting website batch telah down.Jadi semua database yg dulu2 semua hilang.semua username,comment2 dan pelbagai lagi database mmg tak dapat nak selamat dah.Jadi terpaksa buat semula database ngan website batch yang baru.Jadi diharap2 rakan2 dapat lah mengREGISTERkan kembali di website ni.Moga2 85 orang batch kite, 85 orang laa member dalam ni.huhu.Jadi mari laa samer2 kite register.Mane tahu website batch ni bergune utk masa depan.hehe.Dekat website baru ni aku ade tambah satu page utk Video gallery.Korang leh klik kat atas tu.Dalam tu ader video2 batch kite yang penah buat utk annual dinner, hari muhibah dan lain2 lagi.Ader satu dua video tak dapat dimasukkan sebab tak jumpe dan takleh nak upload kat utube.Yang tu akan diusahakan kemudian.Pastu cam beser ader forum ngan photo gallery.Kalau ade ape2 nak post ke, leh laa post kat forum tu.pastu kalau ader ape2 gambar2 nak upload pun boleh laa upload kat photo gallery.Upload laa sebnyak maner yg suke.Mmg takde orang nak halang.hehe.Pastu nak post ape2 kat forum tu pun amatla digalakkan.Kite hidupkan kembali website ni.Tu jer nak tulis.Selamat meREGISTER kembali sempena website batch rebuild ni pada 09/09/09.hehe.Takleh kawin time tarikh ni pun tapi leh register website time tarikh ni pun ok gak.Kurang2 ingt bile kite register.haha.Akhir kata, Selamat semua.Moga2 walaupun berjauhan tapi dekat dihati.haha.tata titi tutu.